Wednesday, May 30, 2007

Tudung menutup diri

Tidak seperti sekitar tahun 80 an yang lalu , kebanyakan (baca majoriti) wanita bertudung begitu terjaga penampilan dirinya. Tidak kira samada dari segi pergaulan, tingkah laku mahupun akhlak. Biasanya wanita bertudung dikaitankan dengan baik pekerti, tauladan yang mulia, namun sayang sekali imej wanita bertudung kini sudah pun tercemar. Bukan sahaja tudung tidak dikaitkan dengan dakwah, malah tudung dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan negatif seperti pergaulan bebas, merokok mahupun berzina. Jika hendak dikatakan sebagai fitnah, realitinya sudah jelas terpampang di depan mata.

Sering terjadi wanita yang bertudung, tetapi belum menutup aurat… (dengan t-shirt sendat, jeans ketat). Bukan hendak mengada-ngadakan cerita, tetapi aksi mereka ini sudah dirakamkan dan disebarkan dalam media cetak dan elektronik. Hinggakan akibat perbuatan itu, ada orang mencemuh, “Kalau macam tu, lebih baik tidak memakai tudung. Tidak hipokrit!”Dua Yang BerbezaJika hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga. Sepatutnya, tudung mampu menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen dalaman seperti iman, keyakinan dan seumpamanya dijaga.

No comments: