Thursday, May 31, 2007

Kesalahan Semasa Memakai Tudung

Wanita Islam hari ini ramai yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat. Beberapa kesilapan berikut dilakukan mungkin kerana kurang memahami tuntutan menutup aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Wednesday, May 30, 2007

Hadis Aurat

Rasulullah saw. bersabda,
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



Gul Aslan dipenjarakan selama 3 tahun kerana memakai hijab di tempat awam di Turkey. Dia tetap sabar dan istiqamah menutup aurat walaupun menerima hukuman kejam dari regim sekular fanatik Turkey


Tudung menutup diri

Tidak seperti sekitar tahun 80 an yang lalu , kebanyakan (baca majoriti) wanita bertudung begitu terjaga penampilan dirinya. Tidak kira samada dari segi pergaulan, tingkah laku mahupun akhlak. Biasanya wanita bertudung dikaitankan dengan baik pekerti, tauladan yang mulia, namun sayang sekali imej wanita bertudung kini sudah pun tercemar. Bukan sahaja tudung tidak dikaitkan dengan dakwah, malah tudung dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan negatif seperti pergaulan bebas, merokok mahupun berzina. Jika hendak dikatakan sebagai fitnah, realitinya sudah jelas terpampang di depan mata.

Sering terjadi wanita yang bertudung, tetapi belum menutup aurat… (dengan t-shirt sendat, jeans ketat). Bukan hendak mengada-ngadakan cerita, tetapi aksi mereka ini sudah dirakamkan dan disebarkan dalam media cetak dan elektronik. Hinggakan akibat perbuatan itu, ada orang mencemuh, “Kalau macam tu, lebih baik tidak memakai tudung. Tidak hipokrit!”Dua Yang BerbezaJika hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga. Sepatutnya, tudung mampu menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen dalaman seperti iman, keyakinan dan seumpamanya dijaga.